capel date

Daisypath Friendship tickers

best pic

best pic

Tuesday, June 7, 2011

Kunci Kebahagiaan Alam Rumah Tangga...

Bagi kaum hawa yang ingin tempuh alam rumah tangga boleh lah ikut step ini..Di samping kita perlu bijak memikat hati suami kita..Ade beberapa perkara yang suami tidak suka dan cepat bosan bila si isteri..........????


  1. Cerewet - Suami tidak suka apabila isteri cerewet tidak kena pada tempatnya..Contohnya, bila nak makan dekat luar janganlah mintak tempat yang mahal-mahal sangat..Ikut kemampuan si suami yew..
  2. Cemburu - Suami paling tidak suka pada isteri yang terlalu cemburu sehinggakan si suami merasa rimas dan merasakan diri meraka kita tidak mempercayainya..
  3. Cabar - Suami adalah lelaki yang mempunyai ego sama tinggi seperti lelaki lain yang diluar sana..Si isteri janganlah sesekali mencabar kemampuan suami sehingga si suami merasakan dirinya tidak di hormati dan di hargai..
  4. Cabuli - Suami paling tidak suka isteri yang terlalu mudah berkawan dengan orang lelaki, ini menunjukkan isteri ini tidak ada langsung perasaan malu kerana mudah sungguh berkawan dengan lelaki..
  5. Celupar - Suami paling tidak suka isteri yang mempunyai mulut celupar..Bak kata orang tua, cantik biar dari dalam bukan sekadar cantik di luar sahaja..
  6. Cincai - Suami paling tidak suka isteri yang membuat kerja rumah dengan cincai dan sambil lewa kerana suami menganggap rumah adalah mahligai mereka..
  7. Cuai - Suami paling tidak suka isteri yang bersikap cuai terutama dari segi masa..Contohnya bila suami ajak keluar si isteri janganlah mengambil masa yang lama sehinggakan suami berasa sakit hati dan bosan kerana berjam-jam menanti kita..
  8. Comot - Suami paling tidak suka isteri yang comot..Contohnya bila keluar baru bergaya dan pakai cantik-cantik..Bila di rumah comot dan selekeh sehingga suami merasa hilang selera dengan kita..
My Point Of View :

Bila dirumah kita kenalah berhias dan paling penting jangan mengambil masa yang lama untuk bersiap keluar bersama suami...Dalam alam rumah tangga kita perlulah meghormati suami kita dan kerana mereka akan merasakan diri mereka beruntung sekali mempunyai isteri seperti kita! 
Selamat mencuba bagi yang akan tempuh alam berumah tangga..(:
Katakan tidak pada 8C! 

No comments:

Post a Comment