capel date

Daisypath Friendship tickers

best pic

best pic

Friday, June 17, 2011

AQ Harus Kuat!

Genap 2 bulan hubungan ku dengan sidia..Hari yang bersejarah ini AQ sangat berharap seperti bahagia seperti sediakala rupa-rupanya hanya khayalan yang tak kan pernah terjadi..Hari nie AQ rasa sungguh sedih yang tak tertahan sehingga AQ rasakan dunia ini sungguh gelap walaupun AQ berada di dunia yang nyata...Ya Allah, Ya Tuhan Ku...Kuatkan lah dan tabahkan lah hati ku ini sesungguh AQ adalah hambamu yang sangat lemah..Sungguh AQ rasa tak sekuat dulu..AQ Bersyukur kerana AQ adalah hambamu yang terpilih untuk kau uji sekali lagi...Thanks Allah!

Kepada sidia..Saya mintak maaf banyak-banyak kerana saya tak patot buat awak macam tu..
Thanks layan saya macam nie...Saya sungguh hargai apa yang awak buat pada saya..Saya tak pernah rasa sayang pada mana-mana laki lain seperti kini sebelum kehadiran awak..Thanks sudi berkawan dengan saya dan sudi layan saya dengan baik sebelum ini..

Saya hormat keputusan awak jika kehadiran saya ini tidak seperti yang awak impikan..Saya tak sehebat dan sebaik perempuan luar sana yang pernah awak kenal sebelum saya..Saya tiada niat untuk sakitkan hati awak semalam..Tiada niat langsung dihati saya untuk layan awak sebegitu rupa..Hanya Tuhan sahaja yang betapa sedih dan sakit hati bila saya diserang dan dimaki sebegitu rupa dengan orang ramai..Tapi alhamdurillah saya masih boleh mengawal hati saya supaya tidak marah dan melawan pada orang sebegitu..Hanya denganmu YaAllah AQ  sebut sesungguh kau tahu seluruh isi hatiku...Thanks Allah..Makbul doa ku supaya AQ tidak menitiskan walaupun setitik air mataku didepan sidia dan di depan orang yang tidak pernah AQ anggap kawan sampai bila-bila...




Tapi kini, mengapa dia tidak memahami AQ...AQ tak mintak apa-apa selain hanya pengertianmu yang sedikit itu AQ harapkan..Walaupun AQ rasakan diriku seperti bagai melukut kasih ditepian gantang..Sungguh terkilan AQ rasa bila AQ kau layan sebegini rupa...Tak puas lagikah kau melihat kesakitan dan kepedihan hatiku ini??  Tergamak kau tambah sakiti lagi..Sampai hati AQ sisihkan  disaat AQ perlukan seseorang yang memberi kekuatan tok AQ terus hidup.. Ku ingin benar bersama denganmu dan kau pun menjauh..Tiba-tiba kini kau telah berubah apakah salahku..








Betul kata orang..Dalam hidup ini janganlah kita terlalu berharap yang hidup ini akan indah belaka.. Kini baru AQ mengerti..Sungguh lemah diri ku kini kurasakan..Maaf..AQ perlukan waktu untuk memulakan hidup baru setelah peristiwa hitam berlaku dalam hidupku kini..
Hanya padamu doaku sahaja Tuhanku semoga AQ Lebih tabah dalam hidup ini..



My Point Of View:

Semoga AQ Tabah dan kuat tok teros hidup dengan sendiri! cayok Yamie You Can Do It!
Don`t Hope From Any Person Nobody Can Help Except Your Family And Allah..

Tuesday, June 14, 2011

Cinta Itu Indah

Cinta Itu Indah




Cinta merupakan suatu perasaan yang unik dan indah untuk kita rasai..Ia hadir dengan sendiri tanpa perlu dipaksa..Jika ditanya apakah maksud cinta sudah pasti tidak dapat kita ungkapkan dengan kata-kata..Ia tidak boleh ditunjukkandengan perbuatan  tapi hanya boleh dirasai bagi hati yang benar-benar layak untuk menerima kehadiran cinta..Bak kata orang tua cinta itu buta kerana bila dilambung perasaan ini semua yang kita lakukan diluar kesedaran kerana kita sedang dilamun cinta..




Bila kita sudah bersiap sedia menerima kehadiran cinta janganlah kita sesekali untuk merosakkan perasaan indah itu kerana cinta itu adalah suci ia datang dari kekuasaan Yang Maha Esa membenarkan kita untuk merasai perasaan indah itu..Cinta suci hanya datang sekali dalam hidup kita..





Bagi yang mempunyai perasaan ini jagalah insan yang bertuah itu untuk merasai nikmat cinta darimu..Meski pun kita tidak mampu untuk menunjukkan kita benar-benar menyanyanginya tapi dari keihklasan kita sudah terpampang bahawa kita benar-benar menyintainya..

My Point Of View:

Cinta yang suci tidak perlu bukti hanya perlu dirasai sahaja..Janganlah sesekali merosakkan perasaan ini jika kita benar-benar belum bersedia untuk menerima cinta..Cinta yang suci hanya layak kita buktikan bila kita benar-benar sah menjadi milik dia selamanya..


Thursday, June 9, 2011

Sem Baru Sudah Bermula!

Sem Baru Sudah Bermula! OMG....


Bila sem baru da naik, mula lah dalam otak nieh akan jadi tepu kembali..
Mula lah assigment banyak, kuiz la, Midterm Axem dan Final Axem..
Aduhaiiiiii bengkak kembali la mata AQ pasnie...
Jangan jadi macam drakula dah lah AQ pasnie..haha..



Sem depan AQ ambik 5 subjek..Sangat pack tok AQ nak relax..
Sem depan sume subjek susah! Total 16 jam kredit...
Huhhhh makin lama makin menjadi jam kredit subjek nieh..
Kena study smart lah AQ pasnie..dala subjek killer..

         Financial Accounting Reporting II 
         Cost Accounting I
         Audit I
         Accounting Information System
         Elementary Decision Science 


Mon: AIS 11-1pm (A814)
Tue: Audit I 10-12pm (A506), EDS 1-2pm (A814)
Wed: AIS 12-2pm (Lab 408), CA I 2-4pm (A810)
Thu: EDS 9-11am (A810), AIS 12-1pm (A814), Audit I 1-2pm (A814)
Fri: CA I 12-1pm (A810), FAR II 2.30-4.30 (A814)

Tengok pun dah gerun kan ngan sume subjek tuh...Ermmm Hope I Can Do The Best!
 Bila study mula lah asew bosan, ngantok, lapor..haha
Bila bosan study AQ selalu buat Mind Map sambil dengar MP3..baru syokkk..




Bila dah banyak sangat study, mata nieh mula ala asew ngantok...
Study selama 1 jam sudah memadai bagie AQ..
Paling lama 2 jam sebab nak calculate dan nak bagi akaun tuh imbang..
Nama nak study last-last jadi stado..haha..
Normal lew bila kelas da pack dari pagi sampai petang kan..
Zzzzzzzz...Nunite...haha..
AQ pernah ade pengalaman study sampai tak tido..
Time tu minggu axem, tengok jam da kol 5 pagi..
Kusyuk sangat study dala AQ adew paper pagi..
Lepas habis axem teros tido sampai ke malam tak sedarkan diri..
Taubat lah AQ nak wat lagie..pale asew nak meletup jew time nak jawab axem..
mana tak nye..Tak cukup tidokan..
Huhhh nasib baik paper tu AQ dapat A..Syukur sangat berbaloi usaha yang AQ lakukan tue..





My Point Of View :

Bila study kita kena rancang masa tok study dan tok rehat kita..
Study pada waktu pagi adalah masa yang terbaik kerana minda kita kosong time tue..
Ape yang kita baca pasti akan ingat..Yang penting doa restu ibu bapa tu penting..
Solat 5 waktu jangan tinggal, minum air bacaan yassin supaya hati kita tenang masa nak jawab axem..
Harap sem depan AQ leh buat yang lebih baik dari sem lepas!
Impian AQ cuma nak cepat Grad dengan keputusan yang cemerlang!







Bila Cuti Sem Bermula!

Bila Cuti Sem Bermula! AQ Lah Raja Jalan..

Bila sebut tentang cuti jew, dalam otak AQ dah plan nak buat apew yang bez...hehe..
Cuti 2 minggu amat singkat tapi cukup bermakna bagi AQ..
Percutian pertama AQ bermula bila balik kampung sidia..
Yang terletak di kampung Tok Langit, Temerloh, Pahang.
Kampung yang sangat tenang sesuai bagi AQ yang baru lepas jawab axem..
Sidia sangat gila dalam bab memancing, senang cerita memancing tue merupakan si jantung hati dy.
Sangat seronok sebab dapat tengok dy memancing ikan secara live..
Tapi bosan, yela nak tunggu umpan tu punya lama si udang tu nak makan..
Bila dah dapat baru asew seronok..Puas hati!




Percutian kedua pula di rumah keluarga tersayang..
Rindu pulak asew dengan bebelan mak dan usikan adik-adik AQ..
Bila jumpa macam-macam gelagat adik-adik AQ nieh..haha..
Bila cuti sekolah jew satu persatu kawan-kawan AQ lama dah kawin..
Seronok pulak tengok dorang kawin..
Bila lak turn AQ kan..hehe..
Bila dah jumpa kawan lama...Haaa sume cerita hot nak dikupas..
Seronok sangat..Lepas gie kenduri kawin sambung gie tengok wayang..
Tu jew lah aktiviti paling bez bila lepak ngan kawan-kawan..



Bila cuti sekolah adik-adik sume sebok nak berjalan-jalan..
Water park Starhill menjadi pilihan kami sekeluarga..
Dekat dari rumah dan sangat sesuai bagi kami sekeluarga..
Adik-adik AQ sume sebok ngan port mandi dorang..
AQ pulak puas pusing 1 Water Park tu mandi..haha..
Bila dah puas mandi lepak lak makan dekat Danga Bay..




Kat sana puas AQ makan dengan pelbagai menu..
Bila bab makan jew AQ memang kempunan banyak benda..
Yew la kat shah alam AQ kena tahan ape yang AQ nak bila dah balik uma..
Haaaaaaa...Sume benda AQ bedal..haha..




My view of point :

Cuti disamping orang tersayang memang sangat indah dan membuat kita rasa tenang disamping mereka..
Hargailah insan yang tersayang disisi kita..(:

Wednesday, June 8, 2011

Jom Masak!

Nie sebahagian kuih kegemaran AQ..Nie antara kuih yang AQ tahu membuatnya..
Sangat sedap dan mudah untuk membuatnya..
     
              Puding Caramel



Bahan-bahan (saiz 16cm) :

400ml susu segar/susu pekat
5 sudu makan gula hangus
3 biji telur 
2 biji kuning telur
2-3 titik esen vanila

Kuah caramel :

5 sudu makan gula
2 sudu makan air

Cara membuatnya :

  1. Sediakan caramel : masukkan gula ledalam periuk dengan 1 sudu makan air. Masak diatas api sederhana. Bila nampak sedikit perang , masukkan 1 sudu makan lagi air. Masak lah sehingga perang. Tuang kedalam loyang. ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sedikit demi sedikit susu kedalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang kedalam loyang yang ada caramel tadi.
  5. Tutup loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api yang sederhana selama 30 minit.
  6. Atau boleh juga dibakar didalam oven. Tapi perlulah diletakkan air suam kedalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 dengan suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil.  Biarkan 5 minit. Bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah simpan didalam peti sejuk.


                   Kek Batik Milo



Bahan-bahan :

250 gram butter
200 gram milo
1 tin susu pekat
1 bungkus biskut marie

Cara membuatnya :

  1. Alaskan loyang dengan plastik. Sapukan loyang dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya plastik melekap pada permukaan loyang.
  2. Cairkan butter dan masukkan susu pekat. Gaul rata diatas api kecil. Lebih mudah guna kuali.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit milo sambil gaul supaya milo tadi tidak berketul. Kacau sehingga pekat dan adunan menjadi licin.
  4. Masukkan sedikit adunan dan ratakan. Susun biskut marie memenuhi permukaan adunan milo.
  5. Ratakn sedikit lagi adunan milo. Susu semula adunan milo diatasnya. Ulangi lagi sehingga habis.

My point of view :

Kita kenalah pandai sedikit tentang buat kuih nie..Barulah syok hidup nie..
Puding Caramel Vs Kek Batik Milo.......
Dappp Cangat-cangat auww..

Tuesday, June 7, 2011

Kunci Kebahagiaan Alam Rumah Tangga...

Bagi kaum hawa yang ingin tempuh alam rumah tangga boleh lah ikut step ini..Di samping kita perlu bijak memikat hati suami kita..Ade beberapa perkara yang suami tidak suka dan cepat bosan bila si isteri..........????


  1. Cerewet - Suami tidak suka apabila isteri cerewet tidak kena pada tempatnya..Contohnya, bila nak makan dekat luar janganlah mintak tempat yang mahal-mahal sangat..Ikut kemampuan si suami yew..
  2. Cemburu - Suami paling tidak suka pada isteri yang terlalu cemburu sehinggakan si suami merasa rimas dan merasakan diri meraka kita tidak mempercayainya..
  3. Cabar - Suami adalah lelaki yang mempunyai ego sama tinggi seperti lelaki lain yang diluar sana..Si isteri janganlah sesekali mencabar kemampuan suami sehingga si suami merasakan dirinya tidak di hormati dan di hargai..
  4. Cabuli - Suami paling tidak suka isteri yang terlalu mudah berkawan dengan orang lelaki, ini menunjukkan isteri ini tidak ada langsung perasaan malu kerana mudah sungguh berkawan dengan lelaki..
  5. Celupar - Suami paling tidak suka isteri yang mempunyai mulut celupar..Bak kata orang tua, cantik biar dari dalam bukan sekadar cantik di luar sahaja..
  6. Cincai - Suami paling tidak suka isteri yang membuat kerja rumah dengan cincai dan sambil lewa kerana suami menganggap rumah adalah mahligai mereka..
  7. Cuai - Suami paling tidak suka isteri yang bersikap cuai terutama dari segi masa..Contohnya bila suami ajak keluar si isteri janganlah mengambil masa yang lama sehinggakan suami berasa sakit hati dan bosan kerana berjam-jam menanti kita..
  8. Comot - Suami paling tidak suka isteri yang comot..Contohnya bila keluar baru bergaya dan pakai cantik-cantik..Bila di rumah comot dan selekeh sehingga suami merasa hilang selera dengan kita..
My Point Of View :

Bila dirumah kita kenalah berhias dan paling penting jangan mengambil masa yang lama untuk bersiap keluar bersama suami...Dalam alam rumah tangga kita perlulah meghormati suami kita dan kerana mereka akan merasakan diri mereka beruntung sekali mempunyai isteri seperti kita! 
Selamat mencuba bagi yang akan tempuh alam berumah tangga..(:
Katakan tidak pada 8C! 

Teruji Segala Mental Que Di Alam Ijazah..

1st time AQ berhijrah di dunia KL..Hanya dengan berbekalkan doa ibu tercinta dan keyakinan tinggi yang AQ Miliki..Pada mulanya memang indah belaka..Tak ku sangka kawan yang selama ini ku anggap teman..Rupa-rupanya kawan makan kawan..sanggup Kau malukan AQ dan buat AQ Jadi sedih sebegini dan sanggup ko tindas AQ sehingga AQ kau perlakukan seperti orang bodoh..AQ hanya mampu berdiam diri..berdiam lebih baik daripada berkata-kata dan tak rugi jadi orang yang sabar..AQ memang seorang yang sangat mudah berkawan dan sangat peramah dengan sesiapa sahaja yang baru mengenali AQ..
Dengan peristiwa itu..Kini AQ lebih rela hidup tanpa kawan..AQ lebih selesa dengan diriku sekarang..
AQ selalu ingat dengan kata-kata ini..Hidup adalah untuk bersyukur, bersyukur pada orang yang menyakitkan kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu..pada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari..




Pada yang menjatuhkan kamu dialah yang memperoleh dan memperhebatkan kemampuan kamu..Pada yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaranmu..Bersyukur dengan segala ujiannya kerana itu meningkatkan keimananmu..Bersyukur dengan usia itu kerana setitik masa lagi belum tentu kita masih bernyawa..Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat, tapi banyak pula halangan dan dugaan yang mendatang..Kadang-kadang kita meminta jadi cerdik, masalah pula yang timbul..Kadang-kadang kita meminta kebahagiaan, tetapi huru-hara pula yang menjelma..

Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadi kita berfikir, huru-hara menjadi kita tabah..

Fikir-fikirkanlah..(:

My Point Of View:

Berhati-hatilah dalam memilih kawan..
Tidak ramai orang yang akan menghormati dan menjaga hati kita
 seperti kita Menghormati menjaga hati mereka..