capel date

Daisypath Friendship tickers

best pic

best pic

Sunday, October 30, 2011

Kelebihan Ayat Al-Qursi





Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, Derajatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sa
mpai hari kiamat

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN



1. masa masuk dewan peperiksaan tu baca:



وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ 



لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا


Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”



2. masa dapat kertas soalan:


قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي.
 وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي.


 يَفْقَهُوا قَوْلِي.



Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



3. masa payah nak jawabr menjawab:




ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ



Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”..

RAHSIA PERANGAI ANAK =)



♥ Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

... Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

♥ Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah

♥ Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.

♥ Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

korang anak yg mne satu??

Wednesday, August 10, 2011

Kehibaan dihari ke-10 ramadhan


10 harie berpuasa di negeri rantau orang menjadikan AQ harus tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan.. Walaupun AQ tak kuat, AQ harus kuatkan diri untuk menempuh hari-hari yang akan jalani.. Orang hanya nampak AQ tersenyum dimata mereka.. disudut hatiku mempunyai beribu kesedihan yang AQ tanggunggi sendiri.. seumur hidup AQ berbuka keseorang tanpa teman disisi.. Terasa hiba dan sayu dikala melihat orang diluar sana menjamah makanan dengan penuh keceriaan.. AQ??

Biarlah hanya AQ seorang sahaja yang menahan semua ini.. AQ harus tunjukkan yang AQ ini kuat walaupun sebenarnya AQ hanya insan yang sangat lemah.. teringat disaat berbuka dengan keluarga penuh dengan suasana yang sangat ceria..

YaAllah tabahkan lah hatiku walaupun kau tahu AQ hanya insan yang sangat lemah.. Perut yang sedang lapar tiba-tiba seleraku tersekat kerana tak tahan menahan dari air mataku  akan jatuh dikalayak orang ramai.. 

My View Point :
Thanks Mak sentiasa berikan Yamie semangat untuk terus jadi insan yang tabah sehingga kini..

Friday, June 17, 2011

AQ Harus Kuat!

Genap 2 bulan hubungan ku dengan sidia..Hari yang bersejarah ini AQ sangat berharap seperti bahagia seperti sediakala rupa-rupanya hanya khayalan yang tak kan pernah terjadi..Hari nie AQ rasa sungguh sedih yang tak tertahan sehingga AQ rasakan dunia ini sungguh gelap walaupun AQ berada di dunia yang nyata...Ya Allah, Ya Tuhan Ku...Kuatkan lah dan tabahkan lah hati ku ini sesungguh AQ adalah hambamu yang sangat lemah..Sungguh AQ rasa tak sekuat dulu..AQ Bersyukur kerana AQ adalah hambamu yang terpilih untuk kau uji sekali lagi...Thanks Allah!

Kepada sidia..Saya mintak maaf banyak-banyak kerana saya tak patot buat awak macam tu..
Thanks layan saya macam nie...Saya sungguh hargai apa yang awak buat pada saya..Saya tak pernah rasa sayang pada mana-mana laki lain seperti kini sebelum kehadiran awak..Thanks sudi berkawan dengan saya dan sudi layan saya dengan baik sebelum ini..

Saya hormat keputusan awak jika kehadiran saya ini tidak seperti yang awak impikan..Saya tak sehebat dan sebaik perempuan luar sana yang pernah awak kenal sebelum saya..Saya tiada niat untuk sakitkan hati awak semalam..Tiada niat langsung dihati saya untuk layan awak sebegitu rupa..Hanya Tuhan sahaja yang betapa sedih dan sakit hati bila saya diserang dan dimaki sebegitu rupa dengan orang ramai..Tapi alhamdurillah saya masih boleh mengawal hati saya supaya tidak marah dan melawan pada orang sebegitu..Hanya denganmu YaAllah AQ  sebut sesungguh kau tahu seluruh isi hatiku...Thanks Allah..Makbul doa ku supaya AQ tidak menitiskan walaupun setitik air mataku didepan sidia dan di depan orang yang tidak pernah AQ anggap kawan sampai bila-bila...




Tapi kini, mengapa dia tidak memahami AQ...AQ tak mintak apa-apa selain hanya pengertianmu yang sedikit itu AQ harapkan..Walaupun AQ rasakan diriku seperti bagai melukut kasih ditepian gantang..Sungguh terkilan AQ rasa bila AQ kau layan sebegini rupa...Tak puas lagikah kau melihat kesakitan dan kepedihan hatiku ini??  Tergamak kau tambah sakiti lagi..Sampai hati AQ sisihkan  disaat AQ perlukan seseorang yang memberi kekuatan tok AQ terus hidup.. Ku ingin benar bersama denganmu dan kau pun menjauh..Tiba-tiba kini kau telah berubah apakah salahku..








Betul kata orang..Dalam hidup ini janganlah kita terlalu berharap yang hidup ini akan indah belaka.. Kini baru AQ mengerti..Sungguh lemah diri ku kini kurasakan..Maaf..AQ perlukan waktu untuk memulakan hidup baru setelah peristiwa hitam berlaku dalam hidupku kini..
Hanya padamu doaku sahaja Tuhanku semoga AQ Lebih tabah dalam hidup ini..



My Point Of View:

Semoga AQ Tabah dan kuat tok teros hidup dengan sendiri! cayok Yamie You Can Do It!
Don`t Hope From Any Person Nobody Can Help Except Your Family And Allah..

Tuesday, June 14, 2011

Cinta Itu Indah

Cinta Itu Indah




Cinta merupakan suatu perasaan yang unik dan indah untuk kita rasai..Ia hadir dengan sendiri tanpa perlu dipaksa..Jika ditanya apakah maksud cinta sudah pasti tidak dapat kita ungkapkan dengan kata-kata..Ia tidak boleh ditunjukkandengan perbuatan  tapi hanya boleh dirasai bagi hati yang benar-benar layak untuk menerima kehadiran cinta..Bak kata orang tua cinta itu buta kerana bila dilambung perasaan ini semua yang kita lakukan diluar kesedaran kerana kita sedang dilamun cinta..




Bila kita sudah bersiap sedia menerima kehadiran cinta janganlah kita sesekali untuk merosakkan perasaan indah itu kerana cinta itu adalah suci ia datang dari kekuasaan Yang Maha Esa membenarkan kita untuk merasai perasaan indah itu..Cinta suci hanya datang sekali dalam hidup kita..





Bagi yang mempunyai perasaan ini jagalah insan yang bertuah itu untuk merasai nikmat cinta darimu..Meski pun kita tidak mampu untuk menunjukkan kita benar-benar menyanyanginya tapi dari keihklasan kita sudah terpampang bahawa kita benar-benar menyintainya..

My Point Of View:

Cinta yang suci tidak perlu bukti hanya perlu dirasai sahaja..Janganlah sesekali merosakkan perasaan ini jika kita benar-benar belum bersedia untuk menerima cinta..Cinta yang suci hanya layak kita buktikan bila kita benar-benar sah menjadi milik dia selamanya..


Thursday, June 9, 2011

Sem Baru Sudah Bermula!

Sem Baru Sudah Bermula! OMG....


Bila sem baru da naik, mula lah dalam otak nieh akan jadi tepu kembali..
Mula lah assigment banyak, kuiz la, Midterm Axem dan Final Axem..
Aduhaiiiiii bengkak kembali la mata AQ pasnie...
Jangan jadi macam drakula dah lah AQ pasnie..haha..



Sem depan AQ ambik 5 subjek..Sangat pack tok AQ nak relax..
Sem depan sume subjek susah! Total 16 jam kredit...
Huhhhh makin lama makin menjadi jam kredit subjek nieh..
Kena study smart lah AQ pasnie..dala subjek killer..

         Financial Accounting Reporting II 
         Cost Accounting I
         Audit I
         Accounting Information System
         Elementary Decision Science 


Mon: AIS 11-1pm (A814)
Tue: Audit I 10-12pm (A506), EDS 1-2pm (A814)
Wed: AIS 12-2pm (Lab 408), CA I 2-4pm (A810)
Thu: EDS 9-11am (A810), AIS 12-1pm (A814), Audit I 1-2pm (A814)
Fri: CA I 12-1pm (A810), FAR II 2.30-4.30 (A814)

Tengok pun dah gerun kan ngan sume subjek tuh...Ermmm Hope I Can Do The Best!
 Bila study mula lah asew bosan, ngantok, lapor..haha
Bila bosan study AQ selalu buat Mind Map sambil dengar MP3..baru syokkk..




Bila dah banyak sangat study, mata nieh mula ala asew ngantok...
Study selama 1 jam sudah memadai bagie AQ..
Paling lama 2 jam sebab nak calculate dan nak bagi akaun tuh imbang..
Nama nak study last-last jadi stado..haha..
Normal lew bila kelas da pack dari pagi sampai petang kan..
Zzzzzzzz...Nunite...haha..
AQ pernah ade pengalaman study sampai tak tido..
Time tu minggu axem, tengok jam da kol 5 pagi..
Kusyuk sangat study dala AQ adew paper pagi..
Lepas habis axem teros tido sampai ke malam tak sedarkan diri..
Taubat lah AQ nak wat lagie..pale asew nak meletup jew time nak jawab axem..
mana tak nye..Tak cukup tidokan..
Huhhh nasib baik paper tu AQ dapat A..Syukur sangat berbaloi usaha yang AQ lakukan tue..





My Point Of View :

Bila study kita kena rancang masa tok study dan tok rehat kita..
Study pada waktu pagi adalah masa yang terbaik kerana minda kita kosong time tue..
Ape yang kita baca pasti akan ingat..Yang penting doa restu ibu bapa tu penting..
Solat 5 waktu jangan tinggal, minum air bacaan yassin supaya hati kita tenang masa nak jawab axem..
Harap sem depan AQ leh buat yang lebih baik dari sem lepas!
Impian AQ cuma nak cepat Grad dengan keputusan yang cemerlang!