capel date

Daisypath Friendship tickers

best pic

best pic

Saturday, February 18, 2012

::56 Pantang Larang Nenek Moyang::



Haaaa  memandangkan AQ tengah bosan nieh .. AQ nak create something tok korang sume leh jadikan panduan dalam kehidupan seharian .. Benda nie ade baik buruknye bila kita fikir secara logik .. Sume orang jenis xsuka ikut peraturan or undang-undangkan ?? Same With Me .. = ="

hehehehehe ..Sume orang suka hidup bebas tanpa dikongkong kan ?? Tapi sebenarnya, yang banyak pantang yang selalu dibebelkan oleh Mak kita sume tue sebenarnya benar belaka .. Cuba korang fikir balik sekejap, ade tak suatu benda yang mak korang tegur pastu korang buat tak tahu, then benda tu betul-betul belaku ??
hahahaha .. Tipulah kalau korang tak pernah kena Bala tue .. melainkan korang sume anak yang Taat pada orang tua .. (:  Jom mulai sekarang ni kita belajar sume jenis pantang larang yang telah ditetapkan oleh nenek moyang kita .. Try To Make More Perfect .. (:









Nenek moyang kita di Nusantara telah meninggalkan banyak pesanan sebagai panduan kita dalam kehidupan. Ia berkait rapat dengan kehidupan seharian, kesopanan dan ketatasusilaan kita. Adapun pesanan- pesanan, pantang larang dan petua mereka itu saya pelajari sepanjang usia saya dari keluarga dan jiran tetangga. Jadi tidak juga boleh dikatakan pantang larang ini berasal dari mana- mana bangsa tertentu, kerana sejak kecil saya hidup dalam asimilasi kepelbagaian budaya bangsa dan amalan hidup. Satu hal yang pasti, 56 pantang larang yang tersenarai di sini adalah bawaan nenek moyang kita warga Nusantara, bukan nenek moyang dia, bukan nenek moyang mereka.


1. Orang yang disebut- sebut namanya, tiba- tiba datang si empunya diri, orang yang disebut namanya itu dikatakan panjang umur.
2. Orang yang ramalannya benar belaka, dikatakan bermulut masin.
3. Kalau menanam buluh perindu di luar rumah, alamat akan selalu dirindui orang.
4. Salam rindu kepada seseorang boleh dihantar melalui angin jiring di luar tingkap.
5. Kalau bulu mata gugur ke pipi, maksudnya ada orang yang merindu.
6. Kalau bulu mata yang gugur ke pipi diletakkan di rambut kepala, rambut akan cepat memanjang.
7. Rambut juga akan cepat memanjang jika air batang pisang diperah ke rambut.
8. Kalau bersin bukan di tempat- tempat yang wajar, bukan pada waktu- waktu yang wajar, maksudnya sedang diperkatakan orang.
9. Kalau lidah tergigit, maksudnya sedang diumpat orang.
10. Pantang keturunan anak dara bangun lambat.

11. Pantang keturunan anak perempuan memotong/ memendekkan rambut.
12. Kalau perempuan melangkah- langkah makanan yang terhidang di lantai, lelaki yang akan makan hidangan itu akan akur patuh pada kata- kata perempuan itu.
13. Kalau anak perempuan cuai dalam membuat kerja- kerja rumah, sampai pinggan kaca pecah olehnya, sial akan melanda rumah itu.
14. Semasa bersanding, pengantin perempuan tidak boleh senyum, ketawa atau menjeling manja kepada pengantin lelaki. Ini adalah tanda jual mahal pihak perempuan.
15. Setiap orang di bumi ini ada 7 orang yang serupa muka. Jika sampai bertemu ketujuh- tujuh serupa wajah ini, dunia akan kiamat.
16. Selepas buang hajat, kemudian cebok, tangan kiri boleh ditekapkan ke mata, atau didekatkan ke mata. Dengan mengamalkannya, penyakit rabun, mata merah dan mata bengkak boleh sembuh.
17. Kalau kupu- kupu coklat masuk ke rumah, alamatnya akan didatangi tetamu.
18. Kalau tidur antara waktu asar dan maghrib, 40 hari dilakukan tabiat itu, alamat akan gila.
19. Perjalanan pergi ke tempat jauh terasa lebih panjang berbanding perjalanan pulang, kerana semasa pergi, setiap tumbuh- tumbuhan di sekeliling akan bertegur sapa dengan orang yang berpergian itu, dan bertanyakan tujuan.
20. Simbol janji terikat antara 2 orang adalah bila jari kelingking kita berkait dengan jari kelingking orang itu.

21. Simbol putus kawan adalah apabila kita memutuskan sambungan dua penghujung jari telunjuk kawan itu, dengan menggunakan jari telunjuk kita.

22. Untuk menyambung kembali persahabatan, dua jari telunjuk kawan yang terpisah itu perlu didekatkan/ disambung semula.

23. Orang yang mengigau, dan dalam igauannya dia menyebut- nyebut nombor, nombor itu adalah nombor bertuah bagi kaki judi.

24. Nombor plat kereta yang kemalangan adalah nombor bertuah bagi kaki judi. Semakin teruk kemalangan itu, semakin besar habuan nombor judi tersebut.
25. Kalau mengunyah sirih dan kapur, dan diletakkan di celah gigi semasa bercakap- cakap, orang akan senang hati dan akur dengan kata- katanya.
26. Kalau masak nasi dan nasi itu berkerak, jangan dulu dibuang keraknya, boleh ditambah air panas dan sedikit gula, lalu dimakan.
27. Kalau melintas di belakang atau di hadapan orang yang lebih tua, harus menundukkan badan dan sebelah tangan diluruskan ke bawah, sebelah lagi diletak di belakang, sebagai tanda hormat.
28. Cara duduk yang terbaik bagi wanita adalah bersimpuh, dan bagi lelaki ialah bersila.
29. Jangan selalu duduk- duduk di tangga depan rumah, nanti lambat kahwin.
30. Jangan menyapu lantai dengan menggunakan kain, nanti cepat jatuh miskin.

31. Jangan pijak, menduduki dan melangkah bantal, nanti berbisul di punggung.
32. Jangan meramas makanan dengan tangan, nanti makanan akan basi.
33. Jangan menyanyi di dapur, nanti bersuamikan orang tua.
34. Jangan makan di pinggan beralaskan pinggan.
35. Jangan menjilat piring sesudah makan.
36. Jangan mengetuk- ngetuk atau membunyi- bunyikan sudu dengan piring semasa makan.
37. Jangan menyuap lagi ke mulut yang sedang mengunyah makanan, siap dulu mengunyah dan menelan makanan, barulah menyuap lagi.
38. Jangan menghembus nafas ke dalam gelas semasa minum.
39. Jangan tengok cermin semasa guruh kilat, nanti sebelah wajah akan bertukar buruk.
40. Jangan menunjuk pelangi dengan jari telunjuk, nanti akan mendapat luka kecil.

41. Jangan membakar kulit bawang, nanti rezeki susah masuk ke rumah.
42. Jangan makan makanan yang masih dalam periuk.
43. Jangan meniup bilah peraut, nanti mata peraut akan tumpul.
44. Jangan tidur di tangga atau di tempat tersembunyi pada waktu maghrib, nanti akan disembunyikan oleh hantu tetek.
45. Jangan potong kuku pada waktu malam, nanti pendek umur.
46. Jangan sebut perkataan ‘garam’ semasa membeli garam pada waktu malam.
47. Jangan bertukar- tukar/ berpindah- pindah tempat duduk semasa makan, nanti banyak kali bertukar ganti suami.
48. Jangan menyampuk orang tua yang sedang bercerita.
49. Jangan membazir nasi, nanti tiap- tiap butir nasi itu akan menangis. Maksudnya orang itu akan susah mencari makan.
50. Jangan merenung bulan purnama, nanti jatuh sakit yang sukar diubati.

51. Jangan selalu meniarap, nanti ibunya mati cepat.
52. Jangan langkah orang yang sedang baring, apapu yang terjadi, usahakan supaya tidak dilangkah/ melangkah orang yang baring.
53. Jangan biarkan kaum wanita sahaja di rumah, sekurang- kurangnya seorang lelaki perlu ada di sebuah rumah, walaupun hanya seorang bayi lelaki.
54. Jangan menjahit baju yang sedang dipakai di badan, nanti semasa matinya pakaian susah ditanggalkan.
55. Jangan memberi/ menerima sesuatu dengan tangan kiri.
56. Jika bahu kiri ditepuk dari belakang, hendaklah menoleh ke kanan, dan jika bahu kanan yang ditepuk dari belakang, hendaklah menoleh ke kiri.

Moral Of Value :

Kesemua 56 pantang- larang, kepercayaan dan petua di atas hanyalah sebahagian yang sempat saya ingat dan catatkan daripada ratusan pantang- larang yang diajarkan kepada saya sejak kecil. Walaupun ada sesetengah pantang larang itu tidak disertakan sebab musababnya, rasanya tidak berat untuk diamalkan sebagai tanda hormat pada orang- orang terdahulu. Bagi saya secara peribadinya berbangga kerana orang dahulu telah ada cara hidup sendiri yang membentuk identiti mereka, dan mereka tidak pula perlu terikut- ikut mana- mana budaya hidup orang.

Wednesday, February 15, 2012

:: 50 Tips Pikat Lelaki ::

Khas Bagi Kaum Hawa Diluar Sana .. (:






1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.


2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.






3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. (Lau org islan, baik berpakaian yg seelok2nya la kann..)

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.









13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.









15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.



30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.







38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.



46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!









Moral Of Value :


Cubalah .. Saya Dah Cuba .. Mujarabbb  Petua Nieh .. HAHA :P